BANTUAN BEKALAN MENGHADAPI MUSIM SEJUK MERENTAS 7 BUAH NEGARA
Bantuan Stok Makanan Asas Kepada Orang Miskin Dan Pelarian Syria & Yaman
.jpg)
Saban tahun, puluhan kanak-kanak pelarian mahupun orang dewasa dan mereka yang berada di zon perang mati akibat kebuluran dan cuaca sejuk yang melampau.
Kekurangan sumber makanan dan ketiadaan pemanas menyebabkan mereka terpaksa menahan kesejukan yang ekstrim sehingga mencecah -5 darjah celcius dan boleh mengancam nyawa.
![]()
JIKA TIDAK DIBANTU, INI MUNGKIN MUSIM SEJUK TERAKHIR MEREKA
Seperti ditempat lain, ancaman virus covid-19 adalah ancaman yang paling ditakuti bagi semua pihak.
Namun bagi orang miskin dan pelarian, mengharungi musim sejuk yang berlarutan hampir 3 bulan dengan kekurangan sumber makanan tidak ada beza bahayanya kerana mereka juga terancam dengan maut jika tidak mendapat bantuan segera.
WINTER AID (FOODPACK & BLANKET) /SASARAN BANTUAN 1300 BUAH KELUARGA
![]()
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tim kami dengan kerjasama NGO luar negara mensasarkan bantuan musim sejuk tahun ini disalurkan ke beberapa buah tempat.
BANTUAN UNTUK 1300 BUAH KELUARGA: BANTUAN BEKALAN MAKANAN MENGHADAPI MUSIM SEJUK MERENTAS 7 BUAH NEGARA
Tahun ini kami mensasarkan sumbangan sebanyak RM250,000 untuk di sampaikan sekurang-kurangnya kepada 1300 buah keluarga di 7 buah negara.
Ini bermakna sekitar 6500 orang akan mendapat manfaat bantuan makanan musim sejuk ini.
Fokus bantuan kami adalah di perkampungan terpencil dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan mereka yang tinggal di kem-kem pelarian di:
➡️Syria➡️Gaza, (Palestin)➡️Yaman
➡️Kashmir
➡️Rohingya (Myanmar & Bangladesh)
➡️Nepal
PEK WINTER AID: Meliputi bantuan bakul makanan asas / selimut tebal.
Projek Winter Aid sebelum ini yang telah di lakukan oleh Al-I'tisam Relief Program Association :
Projek Winter Gift untuk anak yatim Nepal di Daerah Kapilvastu ( Kerjasama dengan Health Services and Relief Association (HeSRA)
Projek Winter Aid di Gaza (Bekerjasama dengan NGO Al-Khair Foundation berpusat di UK)
Projek Winter Aid untuk pelarian rohingya di Nayapara Refugees Camp, Teknaf, Bangladesh.
![]()
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK :
Sehubungan dengan itu, kami di Al-I'tisam Relief Program Association ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan bekalan makanan bagi menghadapi musim sejuk kali ini.
Sumbangan yang kita anggap kecil, adalah bantuan yang sangat mereka harapkan untuk tetap bertahan sepanjang musim sejuk.
Teruskan menyokong usaha Al-I'tisam Relief Program Association mengagihkan bantuan merentas negara tanpa mengira perbezaan kaum dan warna kulit.
"Lakukan kebaikan sekecil apa pun kerana kau tidak akan pernah tahu kebaikan mana yang akan membawamu ke syurga"(Imam Hasan Al Basri)